10 Perkara Menarik Mengenai #ThaiCaveRescue..

Hashtag #ThaiCaveRescue membanjiri laman sosial apabila insiden 12 pemain bola sepak remaja bersama seorang jurulatihnya dilaporkan sesat di dalam gua selama 9 hari lamanya. Insiden yang dilaporkan oleh media tempatan Thailand itu turut mencuri tumpuan dunia kerana luar biasanya uniknya sekumpulan 13 orang itu kekal selamat meskipun hampir dua minggu berada dalam gua dan kegelapan tanpa bekalan makanan yang mencukupi.

Ia juga perkara yang unik untuk diikuti apabila pasukan SAR memaklumkan kerja-kerja menyelamat agar sukar dan memerlukan ketabahan dan komitmen menyeluruh dari mangsa-mangsa dan pasukan penyelamat.

Kesemua mereka akhirnya berjaya dikeluarkan sepenuhnya pada jam 6.50 petang waktu tempatan, selepas 18 hari berada di dalam gua, iaitu sejak 23 Jun 2018. Lama bukan?

Insiden yang berlaku di Gua Tham Luang merekodkan 10 perkara menarik yang boleh dijadikan renungan untuk kita semua;

1. Media Thailand melaporkan sekumpulan petani di Chiang Rai merelakan padi tananam mereka musnah dan dibanjiri air asal sahaja dapat mengeluarkan 13 mangsa dalam Gua Tham Luang. “Kami tak peduli bila sawah padi kami dibanjiri air selama 7-10 hari. Apa kami peduli sekarang adalah kanak-kanak itu, bukannya sawah padi lagi,” kata para petani itu seperti dipetik media Thailand.

2. Presiden Air Bawah Tanah, Suratin Chaichompoo pula dipetik sebagai berkata, “Apa saya mahu adalah kanak-kanak itu hidup. Itu adalah ganjaran saya menggali keluar air. Saya tak mahu duit”. Katanya apabila membawa beberapa orang untuk menggali keluar air dari Gua Tham Luang.

3. Beberapa pihak juga tampil menjadi sukarelawan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa. Antaranya, tukang cuci baju-baju yang digunakan oleh para penyelamat dan pasukan penyelam, tukang masak yang memasak dan menyediakan makanan untuk anggota penyelamat, tukang membersihkan dan membuang sampah. Kesemua mereka bersatu tanpa mengira bangsa dan agama bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Jangan tidak tahu, antara tukang masak yang menyediakan juadah ialah orang muslim yang dikenali sebagai Doonnia Kakakhen. BBC melaporkan kenyataan beliau yang mengandakan jumlah hidangan setelah mengetahui terdapat ramai muslim dan unit lain yang terlibat dalam misi menyelamat itu.

4. Pada awalnya, Ekapol Chanthawong, jurulatih yang membawa 12 anak muridnya ke dalam Gua Tham Luang dikritik oleh beberapa pihak kerana membahayakan nyawa sekumpulan kanak-kanak itu bagaimanapun amukan netizens di media sosial menukarkan watak Ekapol Chanthawong menjadi seorang superhero yang wajar dihormati.

5. Netizens kemudiannya beramai-ramai berkongsikan twitter yang mengandungi kenyataan ini, “Ekapol Chanthawong  dilaporkan oleh media telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak dari kecil. Dia kemudiannya dilatih sebagai seorang sami. Dia berjaya memastikan kesemua 12 orang remaja itu hidup di dalam gua tanpa makanan dan bergelap selama 9 hari. Dia terakhir keluar dan hanya berusia 25 tahun. Dia juga telah korbankan makanan yang sempat dibawa mereka kepada kanak-kanak itu selain mengajar mereka bagaimana minum air bersih dari dinding gua dan bagaimana mententeramkan keadaan agar tidak cepat cemas dan panik. Kenanglah jasanya. #ThaiCaveRescue”.

6. Yang sebenarnya, sekumpulan kanak-kanak itu telah beberapa kali mengunjungi gua itu dan ia bukannya kali pertama. Kali ini mereka ke gua itu untuk menyambut harijadi salah seorang kawan mereka. Apa yang tidak disangka-sangka apabila berlakunya hujan yang menyebabkan air naik dan banjir sehingga menutup laluan masuk dan akhirnya membuat kumpukan itu terpaksa masuk ke dalam gua bagi menyelamatkan diri!

7. John Volanthen, ketua penyelam dalam #ThaiCaveRescue berkata, “Hobi saya menyelam. Saya selalu bertanya diri sendiri mengapa saya begitu meminati hobi ini, rupa-rupanya seluruh hidup saya adalah untuk bersedia menghadapi misi ini sejak dua minggu lepas”.

8. Perkara yang menyedihkan juga berlaku sepanjang misi menyelamat dilancarkan. Saman Gunan, 36 tahun, bekas pasukan SEAL meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas (kekurangan bekalan oksigen) setelah membantu misi ini. Begitu terharu bila ayah Saman berkata, “Moga engkau tenang beristirehat. Ayah sentiasa cinta akan kamu”.

9. Ibu Bapa keluarga pasukan Wild Boar (nama pasukan kanak-kanak ini) kesemuanya bersetuju agar mereka tidak diberitahu siapa yang telah diselamatkan sehinggalah kesemua mereka berjaya dikeluarkan!

10. Ada tiga filem yang diingati apabila #ThaiCaveRescue terjadi : The Tunnel (Korean, 2016), The 33 (2015) dan The Sanctum (2011).

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *