TOP 10 : Tempat Tercantik Di Dunia..

10. PALAWAN ISLAND, FILIPINA

Palawan ialah sebuah wilayah pulau Filipina yang terletak di rantau MIMAROPA. Kepulauan Palawan terletak di antara Laut China Selatan dan Laut Sulu, dari Mindoro di timur laut hingga Borneo di barat daya. Wilayah ini dinamakan sempena pulau terbesarnya, iaitu Pulau Palawan yang berukuran panjang 450 kilometer dan lebar 50 kilometer.

Kepulauan Palawan telah beberapa kali memenangi gelaran antara pulau paling cantik di dunia. Lautannya yang jernih dan tidak dicemari dengan pembangunan membuatkan Kepulauan Palawan menjadi tumpuan pelancong di serata negara.

9. Air terjun Seljalandsfoss, Iceland.

Seljalandsfoss merupakan air terjun yang terletak di Pantai Selatan Iceland dengan ketinggian sekitar 60 meter. Antara salah satu air terjun yang terkenal di Iceland disamping Skogafoss, Svatifoss, Dettifoss. Di sebalik air terjun itu juga terselindung sebuah gua. Air terjun Seljalandsfoss seringkali menjadi tumpuan pelancong untuk menghayati keindahan pelangi dan matahari terbenam.

seljalandsfoss waterfall

8. Tasik Plitvice National Park, Crotia.

Tasik Plitvice yang berada di Crotia ini sememangnya terlalu cantik sehingga tidak tergambar oleh kata-kata. Plitvice National Park yang terletak di sempadan Bosnia Herzergovina ini telah pun tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Keseluruhan Tasik Plitvice mencapai keluasan 300 kilometer persegi dan dikelilingi tiga gunung utama, Mala Kapela, Dinaric Alps dan Medvedak.

Gunung-ganang ini secara tidak langsung mempengaruhi iklim serta kepelbagaian flora dan fauna di taman negara ini. Pada musim sejuk, sebahagian besar Tasik Plitvice ini membeku dan pepohon dilitupi salji.

7. Algar De Benagil, Portugal.

Algar de Benagil merupakan gua yang memiliki pantai di dalamnya. Pantai tersembunyi di kawasan Lagoa, Portugal ini terbentuk akibat kejadian air pasang surut yang disebabkan ombak laut. Gua ini punya lubang diatasnya yang berfungsi sebagai Oculus, sehingga memungkinkan sinar matahari masuk. Gua ini juga boleh didaki, namun perlu berhati-hati ketika mendakinya agar tidak terjatuh. Jika ingin mengunjungi pantai indah yang tersembunyi di bawahnya, pelancong perlu berani masuk ke dalam gua. Kerana itulah satu-satunya cara untuk menuju masuk ke dalam pantai indah tersebut.

Algar de benagil
Algar De Benagil

6. Tebing Moher, Ireland.

Terletak di Ireland, tebing Moher ini mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan. Lihat sahaja gambar yang dikongsikan dibawah ini. Betapa cantik luar biasa sekali bukan?

Ketinggian tebing ini bermula pada 394 kaki sehingga 702 kaki. Di tebing ini turut terdapat menara O’Brien yang dibina oleh Sir Kornelius O’ Brien pada abad ke 18. Di atas puncak Tebing Moher pengunjung akan dapat melihat Pulau Aran dan Galway Bay.

Kalau nak tahu, tebing Moher juga menjadi rumah kepada ratusan jenis burung yang boleh dilihat pelancong tatkala mengunjungi tempat ini.

Tebing Moher
Di atas Tebing Moher

5. The Great Barrier Reef & Whitehaven Beach, Queensland, Australia.

Jika syurga ada di dunia, maka inilah tempatnya – inilah kata-kata yang terkenal bagi mengambarkan keindahan pantai Whitehaven dan Great Barrier Reef yang terletak di Australia.

Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang yang terbesar di dunia. Menurut Wikipedia, ada lebih dari 3,000 jenis terumbu karang yang terdapat di dasar laut.

Aktiviti riadah yang terkenal disini ialah snorkelling dan menyelam dimana pengunjung boleh menghayati keindahan terumbu karang. Fakta yang menarik juga, pasir di pantai Whitehaven ini tidak akan menjadi panas walau sepanas manapun cuaca ketika itu. Unik bukan?

4. Antelope Canyon aka Lembah Arizona, Amerika Syarikat.

Terletak di Selatan Amerika. Tempat tarikan pelancong terutamanya memasuki bulan April hingga Oktober. Semakin dikenali kerana keunikannya. Tempat ini juga dikatakan menjadi tumpuan jurugambar seluruh negara.

Disini, pelancong boleh melihat air yang keluar dari celah-celah batu. Hampir kesemua tempat di Lembah Arizona hanyalah terdapat batu-batuan dan pasir halus. Apa yang boleh dilakukan disini ialah berjalan dan bergambar. Pada musim tertentu, pemandangan waktu senjanya juga menakjubkan. Sebenarnya Lembah Arizona ini adalah kawasan tertutup yang dikawalselia oleh suku-kaum Najavo. Sehinggalah tahun 1997, barulah ia boleh diakses oleh pelancong dari seluruh dunia apabila Lembah Arizona diiktirafkan sebagai taman negara.

3. Air terjun Iguazu, Brazil.

Terletak di sempadan Brazil – Argentina.

Waktu terbaik untuk mengunjungi Iguazu adalah pada musim bunga dan luruh. Ketika ini pelancong dalam melihat secara jelas keindahan air terjun ini mengalirkan dan menjatuhkan airnya dari puncak ke bawah.

Ada lagenda terkenal disana mengenai air terjun Iguazu. Kononnya suatu masa dahulu Tuhan mahu berkahwin dengan Naipi, seorang gadis dari suku kaum orang asli. Bagaimanapun Naipi menolak permintaan tersebut lalu lari bersama kekasihnya Taroba menggunakan sampan. Disebabkan terlalu marah, Tuhan kemudiannya membelahkan lautan Iguazu dengan membentuk air terjun supaya kedua-duanya jatuh ke dasar dan dilaknat selamanya.

2. Tasik Moraine, Kanada.

Ini bukan lukisan ya. Tempat ini benar-benar wujud dan pemandangannya benar-benar cantik seperti yang dilihat menerusi gambar dibawah ini.

Dikelilingi air terjun, gunung ganang dan batuan-batuan. Tempat yang menjadi tumpuan para pendaki seluruh dunia. Tempat ini juga menjadi pilihan kepada pasangan untuk merakamkan gambar perkahwinan masing-masing.

Moraine Lake

1. Salar De Uyuni, Bolivia.

Tempat apakah yang begitu cantik ini? Salar De Uyuni terletak di Bolivia dan sangat terkenal sebagai dataran garam dan dataran cermin paling luas di dunia. Keluasannya ialah 10,582 kilometer.

Disini juga banyaknya badan-badan keretapi ditemui sehingga dikenali sebagai kuburan keretapi. Keretapi yang ditemui kebanyakannya pernah digunakan dalam industri perlombongan semasa tahun 1940an.

Apabila timbunan garam menutupi kesemua dasar laut, cermin gergasi akan terbentuk dan terlihat, kerana itulah ianya juga dikenali sebagai dataran cermin.

Sekurang-kurangnya 11 billion tan garam terdapat berada di Salar De Uyuni. Disini juga terdapat 80 jenis spesis burung dan 3 darinya adalah dari kumpulan flamingo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *